Patut atau tidak Block seseorang untuk teruskan hidup dengan lebih baik? Ini cerita daripada Faiz Ibrahim khas buat yang mengalami dan bukan nak mengaku pakar dan sebagainya, tapi kerna dia faham sakitnya menyukai seseorang tapi tidak boleh memilikinya.
I think the first thing bila break up dulu adalah saya terus Unfriend, Unfollow dan sebagainya. Masa tu memang payah gila woi sebab saya ni dulu hari-hari jenis stalk dia untuk tahu perkembangan dia dan apa yang dia post semua. Biasalah tu, pasangan jadi stalker terhadap kepada pasangannya. Hahaha.
Masa memula unfriend/unfollow tu, saya ingat lagi masa tu waktu petang. Hahaha. Masa malam tangan masih ok lagilah untuk tak stalk sebab baru break kan jadi hati tengah heartbroken.
Tapi jadi masalah bila keesokan harinya. Saya macam "Woi apa kau buat sekarang ha? Lama tak dengar berita." Padahal baru beberapa jam je unfollow. And lepastu, terkantoi jugak. Terstalk jugak akhirnya. Ciss, masa tu rasa tak puas hati sebab ex macam slumber je after break up. Kau patut tengah sedih kot sebab kehilangan lelaki paling handsome dekat dunia. Hahaha. Ok gurau.
Lepastu terfikir, sampai bila nak macamani. Bukannya boleh buat apa dah. Benda yang paling sakit adalah lihat orang yang kau sayang tapi kau dah tak ada apa-apa hubungan lagi dah dengan dia. Fuyohh dia punya perasaan macam hape je. Lagi-lagi masa remaja, boleh membunuh jiwa dan semangat.
Tapi alhamdulillah saya tahan diri. Banyak berfikir dan saya dah tak stalk dah. Setiap kali terfikir, saya trick otak saya untuk tak stalk. Sebab semuanya bermula daripada akal. Kalau kau pandai kawal akal, dia pandai kawal hati. Kau pun kena faham perangai Hati ni, dia memang Ciss Bedebah (haha), tak stabil dan sebagainya.
So kenapa korang yang nak unfollow or block, kalau rasa itu akan buat korang lebih kuat dan boleh teruskan hidup. Go for it. Dan yang lagi penting, JANGAN HANGAT-HANGAT Chiken Poop.
Hidup kau panjang lagi sebenarnya. Semua orang sedih tapi yang membezakan kau dengan mereka adalah, mereka sedih tapi mereka paksa diri mereka untuk teruskan hidup kerana mereka tahu mereka layak dilayan baik dan dihormati so much better than before. So pejam mata, jadi berjaya and show the world,
YANG KAU KUAT dan DUGAAN INI AKAN BUAT KAU SEMAKIN KUAT.
Tepuk tangan sikit untuk diri sendiri jika rasa nak berubah. Tampar pipi pau kau tu, jika kau rasa masih tak bersemangat. Jika masih tak bersemangat, better kau pergi mandi bawah jambatan. Mungkin kerana rasuk Jin Suram. Ha Ha Ha. Stay happy woi. I know you can, sebab saya dah lalui.
- 14:12:00
- 0 Comments



