CINTA ?
01:41:00
CINTA by @TheFaizIbrahimChannel
Ya, saya seperti kalian, dalam bab cinta dulunya saya pilih untuk tidak give up. Ya, adalah give up beberapa kali dulu tapi sambung balik sebab at the end of the day, all i want is her dan saya cuba yang terbaik untuk selamatkan selagi boleh.
Tapi,
The more i try, semakin itu semakin saya lihat hubungan ini semakin jauh. I was like, kenapa bila aku dah usaha, semuanya masih tak jadi? Apa lagi yang kurang? Dan ketika itu saya sedar satu perkara,
TAK SEMUA YANG KITA USAHA ITU, AKAN JADI MILIK KITA
I was ego back then, yang saya tahu, kalau saya usaha, saya dapat, tapi saya tak sedar, semuanya itu adalah daripada Allah sebenarnya. Allah yang berikan apa yang kita dapat/pakai/rasa pada hari ini. Semuanya atas izin Dia.
Saya pernah persoalkan kuasa Allah, saya tergamak berkata, KENAPA KAU TARIK SATU PER SATU orang yang aku sayang dalam hidup aku? Apa, aku tidak cukup baik untuk mereka? Apa aku bukan hamba yang baik. Saya tunggu jawapan daripada Allah tapi sekarang saya tersedar, Allah banyak bagi hint pada saya.
1. Allah mahukan saya bersama orang yang paling baik buat saya. Ya, saya rasa dia terbaik buat saya, tapi Allah lebih tahu siapa yang lebih baik buat saya. Contoh, saya hampir kahwin dahulu dengan seseorang dan budak tu pun dah kahwin dah sekarang. Bila saya lihat dia sekarang, saya tersedar yang, oh sebab ini Allah tarik dia dan berikan yang sesuai buat dia sebagai penganti aku.
2. Kalah dengan perasaan. Ya, saya terlampau cinta seseorang hingga cinta saya menjangkaui cinta pada tuhan dan cinta pada diri saya sendiri. Ya cinta itu perasaan yang indah tapi jika kau tidak cinta yang atas dahulu, cinta kau yang lain-lain semuanya kelihatan kusam dan busuk. Apabila kau cinta pada yang mencipta, ketika itu Allah akan halakan kau ke tempat yang baik, ke manusia yang sesuai dan terbaik buat kau.
Ada ketika dalam hidup kau, kau perlu tahu, bila untuk kau give up, bila kau harus teruskan. Jika kau nampak sesuatu itu boleh bawa kau ke tempat yang lebih baik, beperasaan lebih baik, jadi hamba yang lebih baik, jangan pernah mengalah. Usaha dan usaha lagi. Tapi apabila kau lihat sesuatu itu buat kau jadi lebih kurang baik walaupun niat asalnya baik.
Contoh, kau suka seseorang tapi apabila dengan dia, kau makin jauh dengan Tuhan, kau leka dengan perasaan, kau takut kehilangan, kau mula cemburu, kau mula kongkong.
Ketika itu kau harus give up dengan diri kau dengan alasan, kau lahirkan manusia yang baru daripada manusia yang teruk itu.
Orang tanya saya, dari mana saya dapat kata-kata dan segala cerita ini semua? Jawapannya daripada pengalaman saya. Back in 2010, bermula dengan ayah saya pergi, ketika itu saya keep struggling with myself. Saya selalu rasa sayalah manusia yang paling worst dalam dunia tapi bila difikir balik, NO. Ada yang lebih worst/teruk daripada saya.
Ketika itu saya sedar, ada orang lebih diduga teruk daripada saya, tapi mereka cuba untuk bangkit. Saya baru diduga sikit, saya mengalah dan malas mahu hidup. Saya rasa malu dan saya harap kepada yang diduga sekarang dan nanti, bangkit semula.
Walau kau terjatuh dan terduduk macamana sekalipun, keep bangun balik dan sentiasa letak Allah di nombor 1. Jika kau letak Allah di nombor satu, you gonna be ok.



0 comments